Feeling so fresh….

Dalam minggu ini saya terasa sungguh keletihan dalaman dan luaran.  Dalaman, mungkin kerana banyak berfikir untuk menyelesaikan isu-isu kekeluargaan ( ada ahli keluarga bagi saya gelaran ‘tonggak keluarga’, sebenarnya sometimes rasa penat jugak, sebab tak layak pun gelaran tuh).  Dari segi emosi, I missed my mum, so semalam dah balik Seremban jumpa my mum.  Dari segi fizikal, mestilah letih kan… asyik keje.  Kalau dah dalaman letih, luaran mesti jadi letih gak, tak larat.

Bila saya pening, saya suka luahkan perasaan kepada orang-orang yang boleh dipercayai.  Saya rasa lega sangat sebab dah share what I feel to a matured and important person in my life la.  Macam dalam buku, “Man are from Mars, Women are from Venus” , it says Venusian feels good after sharing.  I believe it is 100% true for me. Thank you for listening.  Lagi satu, saya suka share pada orang-orang yang saya rasa boleh judge saya tanpa bias dan basically dapat bagi guidance ke jalan yang betul untuk saya buat pilihan yang terbaik dalam menyelesaikan masalah.  So thankful to have this person in my life :)   Beside that person, I am thankful also to some other close friends yang sometimes ‘pendengar’ juga dan selalu mengindahkan hari-hari saya :)

Setiap orang ujian dan masalah berbeza-beza.  Kadang-kadang kita tengok luaran kita rasa alangkah bertuahnya tuan punya badan tu.  Tapi bila kita kenal dengan lebih mendalam baru kita sedar sebenarnya kita juga tak kurang bertuahnya.  I’ve experienced this many times.  Rasanya dalam dunia ni takde manusia yang perfect, sebab kalau perfect bukan manusia, kan?  So take problems in life positively (nasihat utk diri sendiri nih), sebabnya tuhan tu memang ada. ‘What comes around will comes around!”.

Yes!  This Sunday morning I feel so good and fresh……… at last……… alhamdulillah :)   Yesterday I really have a good rest mentally, physically, emotionally, spiritually etc etc.  Caranya saya duduk dengan tumbuh-tumbuhan , menikmati udara segar, bunga-bungaan yang berkembar mekar, bunyi air terjun bagaikan terapi minda.  It works!  Beside that I communicate with loving and interesting ppl around me…. and I smiled :)

I feel great today… lepas tu tak sabar menanti minggu hadapan.  Sebab apa ek?  Surprise…..

Till here for now :)

Best wishes

3ppl

back

Gambar-gambar di atas are some of the pics taken during a good friend’s relative wedding at Raub, Pahang.  Mukaku macam orang letih je ek… hehe.  Yang tudung oren my mum, yang tudung hijau is my sis.  I drove myself first time to that place.  Alhamdulillah selamat pergi dan pulang :)

Malam semalam kebetulan 2 orang kenalan rapat kepada orang yang ada kaitan dengan saya meninggal dunia pada malam yang sama.  Antaranya atuk kawan saya di Raub, Pahang, juga atuk saya sendiri sebelah ayah di Alor Setar, Kedah.  Al-fatihah saya kepada arwah atuk-atuk.  Semoga roh mereka dicucuri rahmat.  Amin.

Now ni dah masuk November 2009.  Esok pepagi my plan nak pergi servis kereta.  Lepas tu perlu pergi ke office Public Mutual Cheras untuk update forms starting this November.  Minggu depan hari Rabu saya plan untuk join satu kelab anjuran Telekom Malaysia, mungkin boleh update next time la ek.   Dah masuk November ni terasa lak tak lama lagi tahun baru bakal tiba.  Terasa semakin detik berlalu, semakin bertambah usia.  Semoga semakin bertambah usia, semakin bertambah baik diri kita menaburkan jasa sebagai khalifah di muka bumiNya.  Saya berdoa dan berharap setiap masa yang berlalu saya berjaya menggunakan dengan bijak dan sebaiknya.  Semoga dapat seimbangkan juga keperluan dunia dan akhirat.  Setiap tindakan kita di dunia, seandainya di niatkan ikhlas untuk mencapai keredhaanNya, insyaallah pelaburan kita di akhirat jua.

For whoever, wherever and no matter whatever you are, I wish all of you in the best health, happiness and blessed.  Thank you.

Great time… happy life :)

impit2

Pada hari Selasa yang lalu, as I’ve planned I really had a great time with my clients around KL.  Yang dah untung banyak, ada yang saya dah jualkan.  Ada jugak yang dah untung tapi nak stay invested for long term.  Easily also I got more additional invesment from my satisfied and happy clients :)   Ni baru existing clients, belum masuk new clients…. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 

Pada hari Rabu ada pot luck di Public Mutual Bangsar.  Gambar kat atas tu tupperware besar saya bawak berisi nasi impit.  Sebelahnya pulak kuah kacang.  Kalini saya buat vegetarian style.  My agency members at Bangsar was amazed with the TASTE :)   Masakan yang simple, tapi sungguh sedap, hehe.  Lepas tu sempat bawak to my office mate at Cyberjaya.  My bosses and colleagues pun kata sedap sangat-sangat.  Betul ke ek?  Betul atau tak betul… yang pastinya LICIN :P

Harini saya akan bertolak ke Raub, Pahang selama 3 hari 2 malam.  Kena bersiap… till here for now!

Tq tq tq

Salam dari saya buat semua :)

To be frank, ada masanya saya rasa adalah tidak perlu untuk saya share about my personal thoughts, diary of my life, personal experiences etc in a blog to the public macam kat internet blog nih.  Tapi sometimes semangat tu memuncak bila tengok statistik of my blog viewers memuncak especially bila saya time rajin update blog nih.  I know people out there yang feedback kat saya suka baca blog ku.  Oklah… insyaallah saya akan terus mengarang buat tatapan public yg maybe also my ‘quiet follower’.  Dah nama public blog, surely I’ll filter and think before write :P   Kepada readers yg tak dikenali, my email address: suraya27380@yahoo.com.my  So far I’ve received few emails from new friends also.  Tq tq tq :)  

My life akhir-akhir ni I would say indah, tenang dan ceria :)   Cuma banyak mem’busy’kan diri sendiri.  Bila ada masa lapang je, mula lah tak reti duduk diam.  Saya kurang menonton TV kecuali berita and also drama Nur Kasih tu la kot, hehe.  The latest book yang saya baru khatam berjudul “The Secret of Ultimate Wealth’ keluaran Quest Advantage.  Saya habis baca dalam tempoh 3 hari sahaja iaitu saya baca sebelah awal pagi dan sebelum tido.   

Esok whole day I will be around KL.  Purpose… yeah… to serve my clients la.  My business is about servicing others… and I love to serve my clients… :)   Nak buat charity byk2 tak termampu… at least I feel it is my selfless service that I can contribute which bring great satisfaction to me and my clients :)

Lastly to my readers and especially to those out there who have been with me supporting…. tq tq tq.

May god bless u.

Lots of love from me :)

Bajet 2010

Semalam pembentangan bajet 2010 telah dibentangkan  oleh Menteri Kewangan yang juga PM negara kita.  Rasanya golongan-golongan yang menjadi target khususnya memang gembira dengan pembetangan berkenaan dan golongan-golongan yang kurang mendapat perhatian mungkin ada rasa kurang berpuas hati.  Apa-apa pun bersyukur kita kepada Yang Maha Esa atas segala nikmatNya kepada kita. 

Untuk laporan penuh bajet boleh layari: http://www.bharian.com.my/klikkhas/bajet/Artikel2010/TeksUcapan/20091023185037/Article/index_html

Antara golongan yang terasa lega dengan bajet berkenaan ialah adik saya yang merupakan peminjam PTPTN.  Dengan adanya insentif pinjaman ditukar ke biasiswa untuk pencapaian kelas pertama bagi ijazah sarjana muda sememangnya memberi lebih motivasi untuk memastikan mencapai keputusan yang baik.  Bajet kali ini juga banyak ke arah insiatif Celik IT khususnya di kalangan pelajar.  Insiatif kerajaan terhadap sektor pertanian dan memantapkan sistem perbankan dan kewangan Islam diharapkan dapat mencergaskan lagi pasaran saham domestik dan saya harap negara kita juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada situasi global.

Itu adalah bajet negara.  Bagaimana pula dengan personal bajet kita untuk tahun hadapan?  Bagi saya personally saya bersyukur kerana telah dapat mempelajari pelbagai ilmu yang sebelum ini saya tidak pernah tahu mengenai pengurusan kewangan yang sebenar.  Saya rasa jelas halatuju untuk matlamat bajet saya bagi tahun hadapan.  Bajet saya bukan untuk diri sendiri sahaja, tetapi lebih penting untuk membantu keluarga dan golongan yang memerlukan. 

Akhir kata semoga kita semua berada dalam kesejahteraan selalu dan rahmatNya…

Plan jalan-jalan

Dah dekat-dekat akhir tahun ni terasa nak pegi jalan-jalan with family and friends.  Duduk rumah sebenarnya best jugak, tenang je rasa sampai orang-orang yang tinggal serumah dengan saya cakap kemana saya pegi tempat tu akan jadi bersih dan cantik :P   Bukan setakat bilik tidur sendiri, malah ruang tamu, dapur dan juga bilik air.  Bagi saya besar atau kecil, mahal atau murah aksesori tu tak penting, yang penting bersih dan cantik.

So plan jalan-jalan saya bulan ni saya akan ke Raub, Pahang selama 3 hari 2 malam.  Ada kesempatan mungkin nak singgah ke Bukit Fraser.  Yang ni confirm on 30th until 1st November 2009. 

Second plan jalan-jalan nak ke kawasan pantai to have a quality time with my family members.  Tak sure lagi ke mana.  Kalau nak pantai yang dekat pegi je PD.  Nak jauh sikit pegi Pulau Redang atau Pulau Kapas.  Belum finalized.

Third plan next year nak pegi Perth, Australia.  Saya ada kawan karib tinggal di sana yang juga dulu merupakan agen pertama di bawah saya in my Public Mutual business.  Sometimes terasa seronok jugak bila kita ada kawan all over the world.  Kebanyakan mereka samada belajar atau berkahwin dengan rakyat sana.  Nak pegi melancong senang, hehe.  One of my best friend ada kat United States, she always welcome me to go to US and stay kat tempat dia.  Kira nak berjalan anytime will do, cuma time takde.  Akhir-akhir tahun ni I need to give more time for my business and also my full-time career.  Kalau nak pegi oversea, plan nak pegi paling kurang seminggu la.

Sambung belajar di luar negeri?  Yes, I am proud that rasanya hampir majority kawan-kawan saya sedang meneruskan pengajian di luar negara.  Happy for u all… may success will be yours.  I have a wish like that too… tapi rasanya not ready for that.  Lagipun rasa cam life belajar ngan life business… business give more satisfaction at this moment.  I have big room to improve for my business.  Sambung belajar CFP (Certified Financial Planner) untuk mendalami bidang businessku is more passionate for me. 

So since nak pegi enjoy jalan-jalan, kena kerja betul-betul dulu.  Barula balance, kan.  Ok… till here for now.  End.

Berakhirnya Syawal 1430

Harini dah bermula 1 Zulkaedah 1430.  Syawal telah menutupkan tirainya.  Jadi tiada lagi mood raya, ok! Minggu terakhir Syawal pada 18 Oktober 2009 saya sempat untuk menyediakan juadah istimewa untuk para tetamu yang sudi bertandang di teratak ibubapa saya.  Maklumlah, mungkin tempatnya agak jauh dan tarikhnya memang clash dengan Deepavali serta banyak rumah-rumah lain yang ada jamuan juga, jadi saya tidaklah mengharapkan kehadiran tetamu yang ramai.  Jemputan secara face-to-face juga ramai yang confirm tidak dapat menghadirkan diri.  Walaupun boleh dikatakan di saat-saat akhir, saya sangat gembira dengan kenangan yang cukup indah minggu terakhir Syawal.  Ramai yang confirm hadir terdiri daripada jiran-jiran di rumah Kajang dan juga para clients saya yang menyayangi dan menyokong saya selalu….  I love u all too :)   Ada tetamu yang kurang upaya menggunakan wheel chair pun boleh sampai di rumah saya.   Sesat-sesat pulak tuh.  Terharu gak rasanya.  Terima kasih atas kehadiran kalian semua dan pada kawan-kawan yang belum pernah sampai, you are always welcome :)

No more mood raya… so what else?  Yes… it’s already almost end of year 2009.  Life is short…. feels time is running so fast.  May as time goes by we’ll grow wiser and always become a better person in whatever we do.  Kaizen…

Nur Ilahi

Ini bukan cerita pasal Nur Kasih yang sedang hangat di TV3 setiap hari Jumaat (malam ni Jumaat).  Nama saya pun ada ‘Nur’ kat depan, teringat masa darjah satu cikgu sekolah agama cakap maksud nama saya Nur Suraya ialah cahaya bintang.  Tapi harini nak share pasal ‘Nur Ilahi’ yang maksudnya cahaya ilahi.

Sebagai seorang Islam, adalah menjadi kewajipan kita untuk menghayati dan mengamalkan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad daripada Allah SWT.  Adakalanya kita terlupa.  Ada juga yang ingat tetapi menimbulkan rasa riak di dalam jiwa.

Sesungguhnya di kala ini saya mendambakan ‘Nur Ilahi’.  Semoga Nur Ilahi akan sentiasa bersama kita semua.  Sampai sini je perkongsian saya buat masa ini….

Secebis coretan Aidilfitri 2009

Raya belum abis…. tinggal lebih kurang seminggu lebih.  Rasanya weekend kalini sangat berpuas hati.  Berjaya ke misi open houses banyak rumah.  Sangat seronok sekali :)   Saya harap weekend raya terakhir pada minggu hadapan mencoretkan lebih banyak kenangan yang bermakna.  Raya mengeratkan silaturrahim.  Orang yang dah lama tak jumpa waktu beginilah nak bertemu mesra.  Kemaafan turut dipinta, selagi hayat masih ada.

Kata orang, bila tiba hariraya, antara insan yang paling gembira dan ceria ialah kanak-kanak.  Mana taknya… dapat baju raya, duit raya, jalan-jalan raya dan macam-macam lagi.  Teringat zaman kanak-kanak, memang seronok main bunga api dan pegi jalan-jalan raya sambil kumpul duit raya :)

Gambar-gambar raya tahun ni memang ada.  Tapi antara banyak-banyak gambar, gambar Hariz dan kembar dua beradik ni menceriakan saya :)   So, I would love to share some beautiful pic of them here…. Selamat Hari Raya :)

a42a62a72a82a92

Open houses

3 hari lepas saya bercuti.  Harini dah hari Jumaat dan saya baru mula bekerja.  Memang banyak perkara berjaya dilakukan :)   Semalam pepagi saya basuh keta sendiri, sapu seluruh rumah dan mop beberapa kali dengan Dettol.  Lepas tu vacuum semua karpet-karpet.  Time buat keje tak sedar diri.  Lepas dah siap buat keje baru letih.  Pagi ni start rasa lenguh la plak… hihi… Actually petang semalam juga sempat shopping bersama Hariz, Ucu dan kawan ucu. (Ucu tu actually panggilan Hariz kpd adik saya :P ).  2 hari sebelum tu saya telah menguruskan pelbagai urusan di area KL.

Esok cuti lagi.  Mak aih… ada 3 open house dan satu wedding invitation from one of my greatest client!  Maknanya ada 4 rumah mesti pergi dalam masa sehari…….. kene keluar pepagi dan balik memalam!!!  Saya harap saya mampu hadir kesemua open house nih.  Sebelah pagi kul 11 plan ke open house di area Bukit Damansara, tengahari kul 3 plan ke special wedding celebration di Bukit Antarabangsa, budget kul 6 nak ke Bandar Tun Hussein Onn open house jugak… last sekali budget kul 9 malam nak gi umah Makcik Kam di area Kajang.  Hari Ahad plan berhariraya di sekitar Seremban.  Yang memang confirm nak pegi umah seseorang di area Rasah, tak jauh dari Seremban.  Jadi jemputan open house pada hari Ahad di area KL/ Selangor saya memohon maaf tak dpt dtg… Thanks a lot for all the invitations  :)

Open house rumah saya?  Boleh je, saya memang berbesar hati nak jemput kawan2.  Cumanya kawan2 kena confirm bila boleh datang.  Sebabnya saya ada sms beberapa kawan2 untuk nak buat open house area Seremban, dan saya mendapat 90% jawapan menyatakan terima kasih atas jemputan tetapi tidak dapat menghadirkan diri atas tarikh yang ditetapkan.  Weekend lepas bila sampai je umah balik dari open house, tak berenti pulak orang datang ke umah saya di Kajang.  Nasib baik saya ada di rumah.  Saya gembira atas kunjungan kalian, tapi kalau call sebelum datang bolehla saya prepare juadah special kay! 

Apa-apa pun weekend ni bolela dikatakan going to be a hectic and byk jalan dan makan punya weekend… So better I be prepared… hehe…  (kena amal minum teh detox nih sebelah malam :P   )